Sponsors
Sabtu, 22 Februari 2014
Anwar tak setuju Tanda Putera disekat
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
August 30, 2013
August 30, 2013
Filem Tanda Putera mula ditayangkan di pawagam semalam. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 30 Ogos, 2013.PKR tidak setuju dengan tindakan kerajaan Pulau Pinang menasihatkan pengusaha pawagam di Pulau Pinang supaya jangan menayangkan filem kotroversi, Tanda Putera, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Umum PKR itu berkata, Malaysia adalah negara merdeka dan sesiapa sahaja berhak menyampaikan pandangan masing-masing sambil menyatakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hanya memberikan
nasihat kepada pengusaha pawagam di negeri itu.
"Guan Eng hanya menasihatkan bukannya melarang untuk menayangkan Tanda Putera. Saya sendiri tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan Pulau Pinang itu.
"Apa yang dikesalkan ialah filem itu mempromosikan propaganda Barisan Nasional (BN) malah pengarahnya sendiri Datin Paduka Shuhaimi Baba mengakui filem berkenaan bergenrekan fiksyen.
"Filem itu dilihat memainkan sentimen kaum dan tidak perlu filem berkenaan dipaparkan kepada generasi muda terutama mereka yang mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) bagi menggambarkan kisah sebenar peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969," katanya ketika menyampaikan perutusan Hari Merdeka kali ke-56 di Petaling Jaya hari ini.
Beliau berkata, orang ramai perlu faham filem berkenaan adalah agenda BN dan ia digunakan semata-mata bagi menyampaikan agenda politik sempit pemimpin BN.
Terdahulu, agensi berita nasional, Bernama melaporkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menghalang tayangan filem Tanda Putera di pawagam di negeri itu membuktikan sikap hipokrit parti itu yang kononnya memperjuangkan kebebasan media dan bersuara.
Beliau bagaimanapun tidak terkejut dengan tindakan DAP kerana parti itu sememangnya hanya akan memperjuangkan sesuatu perkara apabila ia berkaitan dengan kepentingan mereka.
Katanya, apabila DAP menganggap filem itu berunsur perkauman, parti itulah yang sebenarnya bersikap demikian sambil menyifatkan tindakan DAP lebih bermotifkan politik dan cuba menutup sejarah sebenar negara.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan merujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut berhubung keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang mengharamkan penayangan filem Tanda Putera.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata pertemuan akan diadakan antara kementerian dan Pejabat Peguam Negara bagi melihat peruntukan undang-undang berkaitan dengannya.
Menyifatkan tindakan kerajaan Pulau Pinang itu tidak rasional, Ahmad Shabery percaya pihak berkenaan berfikiran sempit dan autoritarian kerana membuat keputusan drastik tanpa menonton dahulu filem itu. – 30 Ogos, 2013.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar